Monday, 26 December 2011

Hai, assalamualaikum :)
long time no see... really miss to update my blog ^_^
so, today is about.................................................................................................
--->i found it in facebook and my heart said it might be true ... actually, most of them ARE TRUE :)








Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.. Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki tu.Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.. Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh.. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..


Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dantidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya kerana takut anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi olehnya.. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.. Dia bukannya
mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahas tubuhnya.. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

 Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar- benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




#isi agak panjang but menarik .. KBAI.

Thursday, 28 July 2011

Cara untuk mengenali sikap lelaki itu betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka



1- Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya

2-  Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali je memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri la nooo

3- Tarikh lahir..Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini,Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la besday ayg”maklum la abg ni sibuk kan?anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.

4- Bila anda sakit..Anda perlu menelefon si dia,memberitahu bahawa anda sakit,tapi ingat sekali sahaja tau.Kalau sidia benar-benar jujur,dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan anda

5- Bersabar dengan anda..Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah,sebagai contoh kalau anda sedang jalan-jalan bersama si dia,kaki anda tersadung or tersepak batu,tiba-tiba si dia berkata”Apa ini buat malu jer!!jalan tu tengok la bawah sama”dengan nada marah. tp tidak semua lelaki sebegitu. bagi lelaki yang betul2 sayang pada anda, sekira nya tiba-tiba anda terjatuh or kaki kebas. dia yang akan kelam kabut dan terlebih2-lebih risau. jika yang lebih romantis, dia akan urut kaki anda. di saat itu anda akan berasa lega dan dilindungi.

6- dia akan sering menghubungi anda dan malah setiap hari akan sms anda. dia akan cakap bahawa dia rindu anda anda sgt2. jika kekaish anda jarang sms or call, malah susah sangat nak balas sms anda, hati2 la. dia mungkin bosan terhadap anda dan tidak betul2 jujur dalam hubungan.


 GOOG NEWS !! boyfie ku baikkk...... hihihi.